Pages

Subscribe:

Saturday 14 July 2012

Set 2


Permulaan
10 orang dalam 1 kumpulan. Murid-murid akan bergerak atau berlari di luar skitel dengan iringan muzik. Apabila muzik dihentikan, murid-murid akan ke dalam skitel besar dan mengambil gegelung plastik, dan terus masukkan badan ke dalam gegelung tersebut. Sesiapa yang tidak dapat gegelung plastik akan disingkirkan.



Perkembangan : Mengelecek
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang. Murid-murid akan mengelecek atau membawa bola dengan cara melantun bola mengelilingi skitel.

Kemuncak : Membongkok
Dua orang dalam satu kumpulan. Permainan ini mempunyai dua zon, iaitu zon A dan zon B. Dalam zon A, murid-murid dikehendaki membongkok dan melontar pundi kacang dari bawah kepada rakan di belakang dan seterusnya melontar pundi kacang ke dalam bakul.


Dalam zon B, empat biji bola diletak di dalam gegelung plastik, murid-murid dikehendaki berdiri dalam gegelung plastik dan menggolek bola ke arah skitel dengan keadaan membongkok.

Penutup : Aktiviti ( traffic light )
Murid-murid dibahaikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang. Murid-murid akan bergerak dengan pergerakkan yang diajar di dalam bulatan dengan iringan muzik. Murid-murid perlu peka terhadap kad yang ditunjukkan oleh guru.
Kad merah – berhenti dan berdiri tegak
Kad hijau – tetap bergerak
Kad kuning – berhenti dan berdiri dengan melangkah kaki kanan ke hadapan
Guru akan menunjukkan kad warna apabila muzik dihentikan dan murid akan menunjukkan perbuatan mengikut kad warna tersebut.



0 comments:

Post a Comment