Pages

Subscribe:

Saturday 14 July 2012

Set 2


Permulaan
10 orang dalam 1 kumpulan. Murid-murid akan bergerak atau berlari di luar skitel dengan iringan muzik. Apabila muzik dihentikan, murid-murid akan ke dalam skitel besar dan mengambil gegelung plastik, dan terus masukkan badan ke dalam gegelung tersebut. Sesiapa yang tidak dapat gegelung plastik akan disingkirkan.



Perkembangan : Mengelecek
Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada lima orang. Murid-murid akan mengelecek atau membawa bola dengan cara melantun bola mengelilingi skitel.

Kemuncak : Membongkok
Dua orang dalam satu kumpulan. Permainan ini mempunyai dua zon, iaitu zon A dan zon B. Dalam zon A, murid-murid dikehendaki membongkok dan melontar pundi kacang dari bawah kepada rakan di belakang dan seterusnya melontar pundi kacang ke dalam bakul.


Dalam zon B, empat biji bola diletak di dalam gegelung plastik, murid-murid dikehendaki berdiri dalam gegelung plastik dan menggolek bola ke arah skitel dengan keadaan membongkok.

Penutup : Aktiviti ( traffic light )
Murid-murid dibahaikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada enam orang. Murid-murid akan bergerak dengan pergerakkan yang diajar di dalam bulatan dengan iringan muzik. Murid-murid perlu peka terhadap kad yang ditunjukkan oleh guru.
Kad merah – berhenti dan berdiri tegak
Kad hijau – tetap bergerak
Kad kuning – berhenti dan berdiri dengan melangkah kaki kanan ke hadapan
Guru akan menunjukkan kad warna apabila muzik dihentikan dan murid akan menunjukkan perbuatan mengikut kad warna tersebut.



Set 1



Permulaan : Kemahiran Mengilas

Murid-murid diagihkan kepada lima kumpulan. Murid –murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila wisel ditiup, murid-murid mula membuat pergerakan binatang yang telah ditetapkan. Murid-murid akan berhenti bergerak apabila guru member arahan ‘freeze’.

Perkembangan : Kemahiran Membaling
Sebelas orang dikehendaki berdiri di luar lingkungan gegelung plastik dalam satu bulatan yang besar. Satu bakul akan diletak di tengah-tengah bulatan tersebut. Murid-murid akan bergerak atau berjalan mengelilingi bulatan apabila muzik dipasang. Apabila muzik dihentikan, murid-murid akan membaling pundi kacang ke dalam bakul.



Kemuncak : Galop
Murid-murid akan membaling pundi kacang ke dalam bakul penentang dengan membuat pergerakan galop. Murid-murid dikehendaki galop di sepanjang garisan yang ditetapkan.




Penutup : Aktiviti ‘cooling down’
Melakukan pergerakan ‘cooling down’ yang ditunjukkan dengan iringan muzik.