Pages

Subscribe:

Sunday 12 August 2012

Model Bunker & Thorpe -Teaching Games for Understanding [TGfU]


PENGENALAN
      TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
      TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:
ü  Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
ü  Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
ü  Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria
ü  Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini

FAKTOR-FAKTOR
      TGfU dihasilkan oleh Bunker and Thorpe pada tahun 1982 untuk pelajar-pelajar sekolah menengah
      TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan:
ü  Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan
ü  Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
ü  Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria
ü  Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini

MATLAMAT
      Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
      Menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dilaksanakan
      Model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan

PERKEMBANGAN
      Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa
      Secara lebih mendalam, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola
      Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama:
ü  Target
ü  Striking / Fielding
ü  Net / Wall
ü  Invasion

ALIRAN PELAKSANAAN PERMAINAN



KATEGORI PERMAINAN
      Target /sasaran
     Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata
     Contoh: bowling, archery, golf

      Striking / Fielding/pukulan
     Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding
     Mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan
     Contoh: baseball , softball, cricket
      Net / Wall/Jaringan
     Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding
     Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang
     Contoh: badminton, squash, table tennis

       Invasion / Serangan
     Permainan berpasukan
     Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpul mata
     Contoh: soccer, basketball, handball

TUJUAN MENGKATEGORIKAN PERMAINAN
      Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras
      TGfU bertujuan untuk menggalakkan pelajar-pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan
      Setelah mempelajari salah satu permainan dalam satu kategori, pelajar akan memperoleh pengetahuan asas atas peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori tersebut
      Oleh itu, pelajar akan bermampu untuk menyertai permainan lain dalam kategori yang sama
Contoh:
Pelajar yang telah belajar bola keranjang atau bola sepak dapat main bola baling